MDKNK


MAJLIS DAERAH KUNAK

Majlis Daerah Kunak ditubuhkan mengikut peruntukan seksyen 3, Ordinan Kerajaan Tempatan, Sabah 1961, pada 1 Jun 1994 melalui warta Kerajaan no S.5/1994. Sebelum tarikh penubuhan tersebut, Majlis Daerah Kunak adalah merupakan Sub-Bahagian Majlis Daerah Lahad Datu sejak Majlis Daerah Lahad Datu ditubuhkan pada tahun 1961.

Majlis Daerah Kunak sebagai sebuah Kuasa Tempatan adalah sebuah organisasi berautonomi kewangan yang secara keseluruhannya adalah sebagi dana bagi pembangunan ekonomi dan sosial suatu pecan. Keluasan Daerah Kunak adalah 27.5186 KM persegi dan keluasan kawasan perkadaran adalah 2.0639 KM persegi. Kepadatan dalam kawasan perkadaran adalah seramai 11,000 orang ( bancian 1994) Jumlah kakitangan Majlis Daerah Kunak adalah seramai 31 orang.